Kehidupan awal Freddie_Mercury

Mercury dilahirkan sebagai Farrokh Bulsara di Stone Town dahulunya dibawah Kesultanan Zanzibar pada 5 September 1946. [2][3] Ibunya, Bomi (1908-2003) dan ayahnya, Jer (1922-2016) berasal dari Bulsara, sebuah bandar dan daerah yang kini berada di dalam negeri India iaitu Gujarat dan pada hari ini secara rasmi ia dikenali sebagai bandar Valsad. Pada abad ke-17, Bulsara adalah salah satu daripada lima pusat agama bagi kepercayaan Majusi (empat yang lain juga bertumpu di kota ini juga) dan kemudiannya "Bulsara" adalah nama yang umum di kalangan golongan Parsi Zoroastrian. [4]Ibu bapanya mendefinisikan diri mereka sebagai warga "British Indian" (Parsi). Golongan Parsis adalah kumpulan etnik dari Parsi dan telah hidup di Benua India untuk lebih dari seribu tahun. Mereka telah berpindah ke Zanzibar supaya Bomi dapat meneruskan kerjayanya sebagai seorang juruwang di pejabat Pejabat Kolonial British.

Rujukan

WikiPedia: Freddie_Mercury http://f-mercury.com.ar/eng_characteristics.htm http://www.abc.net.au/tv/guide/abc2/200708/program... http://www.adherents.com/people/100_gay.html http://www.allmusic.com/album/r12964 http://www.allmusic.com/artist/p4899 http://www.brianmay.com/brian/brianssb/brianssbnov... http://archives.cnn.com/2002/SHOWBIZ/Music/05/08/u... http://findarticles.com/p/articles/mi_qa3724/is_19... http://www.geocities.com/SunsetStrip/Stadium/5025/... http://www.geocities.com/SunsetStrip/Stadium/5025/...